suria

Pantas, bijak... Mbappe dianggap sebagai ‘prototaip’ pemenang Ballon d'Or

Mbappe dilihat sebagai calon lengkap untuk memenangi anugerah itu pada masa akan datang.

BEKAS pemain bola terkenal yang juga pengurus pasukan, Nicolas Anelka menganggap Kylian Mbappe sebagai 'prototaip' pemenang bagi anugerah Ballon d'or pada masa akan datang.

Menurut Anelka, pemain Paris Saint German (PSG) berusia 21 tahun itu sudah mengumpul banyak trofi termasuklah megah di kejohanan Piala Dunia bersama Perancis.

"Untuk pemain lama, kita tahu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo merupakan yang terbaik. Bagi saya, Mbappe merupakan 'prototaip' penyerang dengan semua kualtii untuk jadi pemenang pada masa akan datang.

"Dia pantas, bijak dan penuh dengan kaedah teknikal. Dia ada kualiti untuk buat perkara-perkara hebat.

"Dia juga sudah membuktikannya sejak sekian lama termasuklah dalam setiap perlawanan," ujar Anelka. - En.As.Com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Lain