suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solskjaer pertimbang letak jawatan jika Manchester United terus merosot

Ole Gunnar Solskjaer. Foto Reuters

OLE Gunnar Solskjaer dilaporkan akan mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus Manchester United sekiranya prestasi kelab itu terus merosot.

Manchester United bermula dengan kedudukan ke-12 (terkini tangga ke-14) dalam Liga Perdana Inggeris.

Kelab itu boleh berada dalam zon penyingkiran sekiranya keputusan tidak menyebelahi mereka pada hujung minggu ini.

Manchester United bakal berdepan dengan pesaing hebatnya, Liverpool pada Ahad.

Solskjaer menegaskan dia yakin dapat mengubah keadaan, ketika ditanya mengenai masa depannya pada sidang media, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, cakap-cakap mengatakan beliau akan mempertimbangkan untuk berundur sekiranya ia adalah yang terbaik buat pasukan Red Devils.

The Metro melaporkan bahawa Solskjaer terdesak untuk tidak menjejaskan kelab itu.

Pihak yang terdekat dengan Solskjaer dikatakan percaya pengurus kelab itu akan berundur sebelum dipecat, sekiranya beliau percaya bukan lagi sesuai memegang jawatan itu. - Mirror UK

Artikel Lain