Pemain muda Manchester United sambung kontrak

Greenwood teruja untuk terus bersama Manchester United.

PENYERANG Manchester United, Mason Greenwood menyambung kontraknya sehingga 2023.

Greenwood membuat penampilan pertama di Old Trafford pada Mei musim lalu ketika bertemu Cardiff City.

Pemain muda berusia 18 tahun ini mengakui teruja mengembangkan kerjayanya bersama United.

"Membesar sebagai penyokong United, bermain dalam skuad utama adalah seperti mimpi jadi kenyataan.

"Saya sedar apabila bermain dengan kelab, ia bermakna mewakili seluruh akademi dan saya mahu membayar balik jasa semua jurulatih saya dengan menunjukkan prestasi di padang.

"Saya sentiasa belajar daripada pengurus, jurulatih dan staf dan sedar ini adalah kelab sempurna untuk membantu mencapai potensi diri," katanya. - eurosport

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain