suria

Jurulatih Bulgaria letak jawatan selepas isu rasis terhadap pemain England

Balakov meletak jawatan selepas tewas kepada England.

KRASIMIR Balakov meletak jawatannya sebagai jurulatih kebangsaan Bulgaria kerana dikaitkan dengan tuduhan rasis kepada pemain England.

Pengurus 53 tahun itu terpaksa menerima hakikat skuadnya tewas 6-0 kepada England dalam aksi Kelayakan Euro di Bulgaria yang menyaksikan berlaku sorakan rasis.

Ahli Lembaga Kesatuan Bola Sepak Bulgaria mengadakan sidang media pada Khamis dan dilaporkan Balakov dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan meletak jawatan masing-masing.

Selepas perlawanan, Balakov mendakwa dia tidak mendengar apa-apa sorakan rasis yang ditujukan kepada pemain England berkulit hitam sepanjang aksi berlangsung.

“Saya hanya tumpukan kepada perlawanan.

“Tetapi sekali lagi, ia perlu dibuktikan jika benar.”

Balakov kemudian membuat kenyataan maaf kepada pasukan England dan sesiapa yang terkesan dengan tindakan rasis.

Sementara itu, polis turut menahan enam penyokong yang menimbulkan tindakan rasis. –mirror.co.uk

Bulgaria, Krasimir balakov, Rasis, England

Artikel Lain