suria

Messi dedah beberapa individu bantah Neymar kembali ke Barcelona

Neymar. Foto Reuters

LIONEL Messi mendedahkan beberapa individu di Barcelona membantah bintang PSG, Neymar untuk kembali ke kelab itu.

Penyerang Brazil meninggalkan Camp Nou pada 2017 dan berpindah ke Paris dengan bayaran rekod dunia.

Bagaimanapun, Neymar dikaitkan dengan kepulangannya ke Sepanyol pada musim panas ini, meskipun dipercayai kepulangannya itu akan memberi kesan kepada Barcelona pada masa akan datang.

"Sukar untuk membawa dia pulang," kata pemain berusia 32 tahun itu kepada Metro 95.1.

"Pertamanya, ia sukar untuk lihat dia meninggalkan kelab, kedua kerana bagaimana dia meninggalkannya.

"Terdapat pihak dari kelab dan pemain-pemain lain tidak mahu dia kembali.

"Jika ia untuk sukan, Neymar merupakan salah seorang yang terbaik di dunia, tetapi saya faham faktor-faktor lain," ujar Messi.

Walaupun Neymar menjaringkan 51 gol dalam 58 penampilannya di Paris, pemain itu dilaporkan cuba untuk berpindah keluar dari PSG pada musim panas. - Daily Mail


Neymar, Lionel Messi, Barcelona, PSG

Artikel Lain