suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diramal jadi pemain tengah terbaik, Matteo Guendouzi kini digelar Zinedine Zidane versi baharu

Matteo Guendouzi menerima pujian peminat atas prestasi dan sikapnya yang bagus.

NAMA pemain Arsenal, Matteo Guendouzi kini sedang hangat meniti di bibir peminat pasukan itu.

Malah, prestasi bagus yang dipamerkan membolehkan dia diberi jolokan sebagai Zinedine Zidane versi baharu.

Sejak menyertai kelab itu pada musim lalu, pemain berusia 20 tahun itu semakin menunjukkan taringnya.

Selain prestasi bagus, sikap Guendouzi turut mencuri hati peminat.

Lebih mengujakan, ada peminat yang membuat ramalan bahawa dia akan menjadi pemain tengah terbaik dari Perancis.

Sepanjang bersama Arsenal, dia hanya tidak diturunkan dalam dua perlawanan sahaja. - Daily Star.

Artikel Lain