suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Manchester City terima ‘yes’ selepas lamar teman wanita penuh romantik di Stadium Kiev

Lamaran Zinchenko diterima dengan jawapan 'yes' oleh teman wanitanya.

OLEKSANDR Zinchenko membantu Ukraine layak ke Euro 2020.

Minggu yang baik buat bintang Ukraine Oleksandr Zinchenko apabila membantu negaranya mara ke saingan Euro 2020.

Lebih membahagiakan pemain Manchester City itu apabila lamaran terhadap penyampai sukan yang juga merupakan teman wanitanya dengan jawapan 'yes'.

Zinchenko melamar Vlada Sedan merupakan penyampai program bola sepak negaranya.

"Paling penting 'YES' dalam hidup saya," tulis Zincehnko bersama gambar bakal isterinya.

Zinchenko spontan mencium Sedan selepas tamat satu perlawanan Jun lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat melutut mengadap teman wanitanya itu sambil berkucupan bersama sejambak bunga ros di sebelahnya dengan memakai jersi negara di Stadium Nasional Kiev.

Spekulasi mereka mempunyai hubungan cinta timbul apabila pengacara berusia 21 tahun itu dikucup Zinchenko selepas Ukraine menang 5-0 ke atas Serbia Jun lalu.

Malah Sedan juga dilihat berada di Manchester City melihat sesi latihan Zinchenko bersama kelabnya.

Malah mereka juga turut memuat naik gambar bersama di Instagram masing-masing.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain