suria

“Tugas di United bukanlah terlalu besar” - Solskjaer

Solskjaer yakin masih mampu menguruskan United.

PENGURUS Ole Gunnar Solskjaer masih diberi kepercayaan oleh Manchester United untuk memulihkan kedudukan biarpun aksi hambar musim ini.

United kini berada di kedudukan ke-12 Liga Perdana selepas hanya merekodkan dua kemenangan dalam lapan perlawanan musim ini.

Berikutan situasi itu, Solskjaer dikatakan berada dalam tekanan, lebih-lebih lagi menjelang perlawanan dengan 'musuh tradisi' Liverpool pada Ahad malam di Old Trafford.

"Saya tidak ia masalah besar. Saya masih yakin dengan apa yang kami cuba lakukan, melatih dan sangat tertarik dengan apa yang berlaku setiap hari," jelas Solskjaer.

Dalam pada itu Solskjaer turut mengulas mengenai spekulasi pemainnya Paul Pogba bertemu pengurus Real Madrid Zinedine Zidane di Dubai baru-baru ini.

"Semuanya sebab gambar. Saya tidak pernah dengar Paul Pogba tidak mahu berada di sini.

"Paul mahu ada di kelab ini dan bermain dengan baik. Dia merupakan salah seorang pemain yang ada dalam perancangan kami," tambahnya. -eurosport.com

Ole Gunnar Solskjaer

Artikel Lain