suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolisso alami serangan jantung ketika sesi latihan Bayern Munich

Corentin Tolisso mengalami serangan jantung ketika sesi latihan pada Ahad namun doktor kemudian mengesahkan dia hanya mengalami pening.

PEMAIN tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso mengalami serangan jantung ketika sesi latihan pada Ahad.

Kejadian secara tiba-tiba itu menyebabkan wujud kebimbangan bahawa Tolisso, 25, mengalami serangan jantung.

Dia dilaporkan berasa tidak selesa pada bahagian dada ketika sedang menjalani latihan.

Sesi latihan itu kemudian segera ditamatkan oleh pengurus pasukan, Niko Kovac.

Pemain itu diperiksa oleh doktor pasukan, Peter Ueblacker namun disahkan hanya mengalami pening dan kini keadaannya bertambah baik.

Tolisso merupakan pemain pengganti yang tidak diturunkan ketika pasukannya sekadar meraih seri 2-2 dalam perlawanan bersama Ausburg pada Sabtu. - Mirror

Corentin Tolisso, Bayern Munich

Artikel Lain