suria

Solskjaer serah Woodward senarai perpindahan enam pemain

Ole Gunnar Solskjaer. Foto Reuters

OLE Gunnar Solskjaer dan kakitangan jurulatihnya menyerahkan senarai enam pemain untuk perpindahan akan datang kepada bos Manchester United, menurut beberapa laporan.

Manchester United mengalami permulaan yang sukar untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Kelab itu kini menduduki tangga ke-12 dalam rangking EPL, hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Banyak kritikan dilemparkan terhadap kelemahan kelab Red Devils, dengan menunding jari terhadap beberapa individu seperti Fred, Andreas Pereira dan Ashley Young kerana prestasi mereka yang tidak memberangsangkan.

Sehubungan itu, Solskjaer, pembantunya, Mike Phelan, peninjau Jim Lawlor dan pasukan perekrutan Manchester United meletakkan senarai enam pemain yang diingini mereka.

Memetik laporan Daily Mail, senarai itu telah diserahkan kepada bos kelab tersebut, Ed Woodward.

Daily Mail menyenaraikan beberapa nama pemain seperti penyerang Lyon, Moussa Dembele sebagai sebahagian daripada senarai pendek itu, manakala Mario Manduzkic turut berada dalam radar Manchester United. - Mirror UK


Artikel Lain