suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pochettino akan tolak tawaran di Old Trafford - “Tottenham lebih baik daripada Manchester United”

Mauricio Pochettino. Foto Reuters

MANCHESTER United dimaklumkan oleh bekas pengurus England, Sam Allardyce bahawa pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino akan menolak pelawaan daripada Red Devils.

Pasukan Manchester United pada musim ini melalui permulaan yang terburuk sepanjang 30 tahun.

Keadaan itu sekali gus memberikan tekanan kepada pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United hanya berada dua mata di atas zon penyingkiran selepas lapan perlawanan.

Menurut ranking Liga Perdana Inggeris, Liverpool berada di tangga teratas dengan rekod 100 peratus setakat ini.

Pochettino telah dikaitkan dengan pertukaran ke Manchester United dari Tottenham di mana kelab itu turut melalui permulaan pada musim ini.

Bagaimanapun, Allardyce menganggap pengurus itu akan menolak sebarang pelawaan daripada Manchester United.

"Saya tak nampak Mauricio pergi mana-mana pada masa ini," kata Allardyce.

"Ketika ini, Tottenham merupakan skuad yang lebih baik berbanding Manchester United. Dan itu adalah kenyataan," tambahnya. - Mirror UK




Artikel Lain