suria

Manchester United silap besar singkir Mourinho - Fellaini

Jose Mourinho. Foto Reuters

SEMBILAN bulan sudah berlalu, keputusan untuk menjual pemain Manchester United, Marouane Fellaini dilihat sebagai kesilapan besar saban hari.

Manchester United kini mengalami kemerosotan, dengan mereka sangat lemah di bahagian pertengahan.

Manakala bekas pemain tengah mereka kini menempuh cabaran baharu dalam Liga Super China.

Fellaini bagaimanapun percaya kelab itu membuat kesilapan yang lebih besar apabila menyingkirkan Jose Mourinho sebagai pengurus.

Pemain berusia 31 tahun itu yang menyertai kelab Shandong Luneng pada Januari lalu mempersoalkan mentaliti dalam Manchester United.

Menurut Fellaini, mereka kurang pengalaman dan menegaskan bahawa Mourinho layak mendapat lebih banyak kredit berbanding masa yang diberikan selama dua setengah tahun kepimpinannya di Old Trafford.

Marouane Fellaini. Foto AP

Bekas pemain tengah Manchester United itu berkata: "Mourinho, untuk musim pertama, dia melakukan yang luar biasa, dia memperbaiki pasukannya, menangani beberapa perkara. 

"OK, musim kedua agak sukar tetapi dia cuba, dan dia melakukan yang terbaik untuk membantu pasukannya. Kemudian mereka memutuskan untuk memecatnya dan begitulah bola sepak.

"Bagi saya, ya (mereka terlalu cepat memecatnya) kerana pengurus seperti itu muncul dan dia memerlukan ramai pemain untuk mengikut falsafahnya sendiri. Dia mahu membina pasukannya dan selepas dua setengah tahun mereka memutuskan untuk memecatnya kerana hasilnya tak nampak.

"Mereka membawa salah seorang pengurus terbaik di dunia iaitu Jose Mourinho, dia mahu membina satu pasukan dan mereka memecatnya. Ia tidak mudah untuk membina pasukan pada masa itu, anda memerlukan lebih dua tahun untuk melakukannya.

"Saya tidak tahu apa yang akan mereka lakukan dengan pengurus baharu (Solskjaer) tetapi bagi saya, untuk menangani sesuatu dan untuk memperbaiki, anda memerlukan masa. Itulah masalah dengan jurulatih dan pengurusan, mereka perlu mencari penyelesaian bersama.

"Sekarang anda mempunyai pengurus baharu, mereka mahukan pemain muda dan itulah yang berlaku apabila anda bermain dengan hanya ada pemain muda. Mereka akan naik dan turun, naik dan turun, itulah bola sepak," ujar Fellaini. - Mirror UK

Artikel Lain