suria

Atlet tinju parah, Ferrari berpusing beberapa kali sebelum dirinya tercampak keluar

Rakaman CCTV kemalangan melibatkan Errol Spence Jr yang berlaku pada Rabu lalu di Dallas, Texas, Amerika Syarikat (AS).

BINTANG tinju, Errol Spence Jr cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Dallas, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Rakaman CCTV melibatkan atlet profesional AS itu turut dimuat naik di Internet.

Menerusi kejadian pada Rabu, dia memandu sebuah Ferrari dengan laju sebelum kenderaan mewah itu berpusing beberapa kali.

Dia kini dilaporkan berada dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital.

Menerusi rakaman itu, kereta berkenaan berpusing-pusing beberapa kali sebelum dia tercampak keluar.

Kepulan asap kenderaan mewah itu turut kelihatan dalam rakaman berkenaan.

Pihak pengurusan Errol, PBC dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu. - Daily Star.

Artikel Lain