suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solskjaer dedah punca tidak pilih Pogba kapten United - “Kali ini tiba giliran Axel”

Paul Pogba.

OLE Gunnar Solskjaer menjelaskan tindakan dia tidak menamakan Paul Pogba sebagai kapten Red Devils pada Rabu, sebaliknya memilih Axel Tuanzebe untuk mengalas tugas penting itu.

Manchester United menundukkan Rochdale menerusi penentuan penalti pada pusingan ketiga Piala EFL.

Solskjaer menurunkan ramai pemain muda berdepan pasukan liga bawahan itu.

"Axel adalah kapten yang bakal menyinar, dia seorang ketua - mengapa tidak beri peluang kepada pemain muda?

"Kita tahu kita boleh beri tugas itu kepada Sergio (Romero) dan juga Paul, itu bukan masalahnya dan mereka pernah jadi kapten sebelum ini.

"Namun kali ini tiba giliran Axel dan bagaimana dia menanganinya? Dia amat bagus dan bermain dengan baik.

"Ia lebih kepada cara memberitahu bahawa kami percaya kepada dirinya," kata Solskjaer. - Football365

Artikel Lain