De Gea akhirnya tandatangani kontrak baharu, gaji pemain Manchester United paling lumayan - Sukan | mStar

De Gea akhirnya tandatangani kontrak baharu, gaji pemain Manchester United paling lumayan

David de Gea. Foto PA

DAVID de Gea akhirnya memilih komited jangka panjang dengan Manchester United selepas pemain itu menandangani kontrak selama lima tahun, menurut beberapa laporan.

Pemain dengan jersi nombor satu itu bersetuju dengan kongtrak baharu yang akan melihat perolehan £13.3 juta selepas cukai untuk satu musim.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai pemain bagi kelab itu yang memperoleh bayaran yang paling lumayan.

Menurut laporan Daily Record, kontrak tersebut termasuk pilihan tahun kelima dan menyaksikan de Gea melepasi bayaran yang diterima Paul Pogba. -Mail Online UK


David de Gea , Manchester United

Artikel Sebelum

Hamidin dipilih presiden MFL baharu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain