Spekulasi Zidane akan tinggalkan Real Madrid gara-gara gagal dapat Pogba - Sukan | mStar

Spekulasi Zidane akan tinggalkan Real Madrid gara-gara gagal dapat Pogba

Zidane dikatakan merajuk dengan pihak atasan kerana gagal tunai janji.

SPEKULASI Zinedine Zidane akan meninggalkan Real Madrid tersebar selepas tiba di kelab itu lebih 12 bulan.

Menurut laporan El Pais, ia disebabkan kekecewaan Zidane apabila Madrid gagal membawa masuk Paul Pogba musim ini dan telah memberitahu presiden Florentino Perez.

Pengendali kelahiran Perancis itu amat  berang dengan bosnya apabila dia merasakan kepercayaannya dikhianati selepas berjanji untuk membawa Pogba.

Malah situasi lebih tegang apabila mereka gagal menjual Gareth Bale dan James Rodriguez.

Zidane tidak percaya skuadnya cukup bagus untuk menharungi cabaran musim ini dan kini terpaksa lupakan hasrat untuk mendapat pemain bintang tersebut.

Zinade dipujuk untuk kembali ke Santiago Bernabue awal tahun ini dan diberi jaminan untuk kebebasan memilih pemain dan menjaga skuad.

Namun bekas pemain tengah ini dijangka akan mengikut prinsipnya 'berjalan keluar'. - Onefootball

Zidane , Real Madrid

Artikel Sebelum

MyArms lobi gusti lengan ke Sukma

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain