suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengadil berusia 80 tahun maut terkena bola kriket

John William (gambar kecil) maut akibat terkena bola kriket.

SEORANG pengadil berusia 80 tahun maut selepas terkena balingan bola kriket menerusi satu kejohanan yang berlangsung di Wales, England pada 13 Julai lalu.

Akibat kejadian itu, John William dihantar ke sebuah hospital dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia sebulan kemudian.

"Dia masuk pada saat-saat akhir untuk gantikan rakannya. Bola itu terlalu laju dan kena bahagian kepalanya.

"Ianya terlalu kuat. tak boleh nak gambarkan insiden itu," ujar rakan pengadilnya, Merfyn John.

Dalam pada itu, jurucakap Kelab Kriket Pembroke County turut menzahirkan ucapan takziah mereka kepada keluara mangsa.

William digambarkan sebagai 'orang kuat' untuk arena sukan kriket tempatan. - Daily Star.

pengadil, kriket, John William

Artikel Lain