suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United ikat pemain pertahanan Leicester

Maguire bakal bergelar pemain Manchester United dalam masa terdekat.

MANCHESTER United bersetuju untuk mengikat pemain pertahanan Leicester Harry Maguire dengan nilai 80 juta paun (RM411.66 juta).

Menurut laporan Independent dan Bleacher pada Ahad, pemain antarabangsa England itu dijangka akan menjadi pemain rasmi United dalam masa terdekat ini.

Yuran perpindahan sekitar 70 juta paun dengan 10 juta paun untuk bonus.

Maguire dilaporkan memberitahu Foxes untuk meninggalkan kelab minggu.

Manchester City juga dilaporkan turut berminat dengan pemain berusia 26 tahun ini.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer merancang untuk menggunakan Maguire bersama Victor Lindelof di barisan belakang serta dua lagi pemain, Aaron Wan-Bissaka dan Luke Shaw musim depan. -Onefootball

Artikel Lain