suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane akui Bale akan dijual, “Jika dia boleh pergi hari ini lebih bagus”

Gareth Bale.

ZINEDINE Zidane mengesahkan Gareth Bale akan djual dan berharap dia boleh meninggalkan Real Madrid dengan segera.

Pengendali dari Perancis itu tidak menyenaraikan Bale dalam skuad Los Blancos ketika mereka tewas 1-3 kepada Bayern Munich pada aksi persahabatan pra musim.

Sebaik tamat perlawanan, Zidane mengesahkan ketidakhadiran Bale adalah disebabkan kelab tersebut sedang berusaha untuk menjual bintang Wale berkenaan.

Zidane menegaskan dia tiada masalah peribadi dengan Bale tetapi berkata "sudah tiba masanya untuk kami berubah' kerana karier pemain itu bersama Real Madrid sudah berakhir.

"Bale disisihkan kerana Madrid cuba menjualnya. Jika dia boleh pergi hari ini, itu lebih bagus.

"Kami harap dia boleh pergi segera. Ia pilihan terbaik untuknya. Kami berusaha menjualnya kepada kelab baharu," katanya. - Mirror.co.uk

Artikel Lain