suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto panas Mo Salah dalam bilik mandi jadi perbualan peminat

Mo Salah memuat naik foto seksi itu menerusi Instagram dan Twitter. FOTO: ITV.

SEPERTI selebriti, pemain bola sepak juga mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Apa sahaja yang dimuat naik ke laman sosial, ia pastinya akan menjadi perbualan ramai.

Terbaharu, foto yang dikongsi Mohammed Salah ternyata menarik perhatian peminatnya.

Foto yang dimuat naik oleh Mo Salah.

Tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar ia dirakam, Mo Salah memuat naik foto dirinya sedang mandi menerusi Instagram dan Twitter.

Sambil memakai seluar pendek berwarna merah, dia menyertakan kapsyen yang menggambarkan dia sedang bercuti.

Ramai peminat turut meninggalkan komen.

Malah, ada yang menyamakan Mo Salah persis raja yang sedang mandi. - Liverpool Echo.

Mo Salah, bercuti, mandi

Artikel Lain