suria

Tawaran lumayan! De Gea dapat kontrak baharu

David de Gea. Foto Reuters

KONTRAK baharu David de Gea di Manchester United akan dilanjutkan sehingga 2025, sekali gus penjaga gol kelahiran Sepanyol itu memperoleh lebih £110 juta (RM566 juta) dalam tempoh lebih enam tahun.

Manchester United akhirnya mencapai persetujuan bersama wakil De Gea, dan kontrak baharu itu akan ditandatangani sebaik kelab tersebut pulang dari program jelajah pra-musim.

Pemain berusia 28 tahun itu difahamkan berfikir panjang mengenai masa depannya ketika mendapat tumpuan daripada Paris Saint-Germain.

Namun, sumber terdekat De Gea menunjukkan bahawa pemain tersebut percaya Manchester United boleh mencapai zaman kegemilangannya semula semasa pembabitannya di Old Trafford.

Dia turut berterima kasih kepada pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer dan barisan jurulatih di atas sokongan yang diberikan pada akhir musim lalu. - Daily Mail UK

David de Gea, Manchester United

Artikel Lain