suria

Pochettino akui mahu tinggalkan Spurs jika julang trofi Liga Juara-Juara

Pochettino akui berniat meninggalkan Spurs jika menang aksi final Liga Juara-Juara baru-baru ini.

MAURICIO Pochettino mengakui dia mungkin meninggalkan Tottenhan Hotspur jika memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Sebelum aksi pertama separuh aksi aksi tersebut, pengendali dari Argentina itu mengeluarkan kenyataan bersedia untuk tinggalkan kelab jika menjulang trofi walaupun kontrak masih berbaki lima tahun.

Pochettino berkata, sudah tentu senario akan berbeza jika mereka berjaya mengalahkan Liverpool pada aksi akhir yang menyaksikan mereka tewas 2-0.

"Mungkin keputusan berbeza selepas aksi akhir. OK, mungkin ini saat terbaik untuk tinggalkan kelab dan beri mereka sebarang kemungkinan untuk membuka bab baharu dengan barisan kejurulatihan lain.

"Tetapi selepas final, saya rasakan ia tidak bagus untuk menamatkan dengan keadaan itu," ujarnya.

Pochettino yang dikaitkan dengan Manchester United dan Real Madrid sebelum ini diletakkan harapan untuk menamatkan penguasaan Jurgen Klopp.

"Ia tempoh yang menakjubkan. Selepas lima tahun dengan projek yang sukar di Tottenham, kami banyak berbincang mengenai persepsi dan realiti, bagaimana kami berjuang dengan semua tenaga yang kami curahkan, dan cuba menentang pasukan terbaik di Eropah dan England.

"Sudah tentu ia sentiasa akan bermain di fikiran...anda tidak pernah tahu apabila kamu menyentuh kejayaan. Kelakuan anda akan sangat berbeza," katanya. - Dailymail.co.uk

Mauricio Potchettino, Spurs

Artikel Lain