Pereira mahu sorok telefon bimbit Pogba, "Dia tidak akan bercakap dengan sesiapa"

Pareira (kanan) bersama Pogba ketika menjalani latihan skuad Manchester United.

ANDREA Pereira menjadi pemain pertama Manchester United bercakap mengenai masa depan rakan baiknya Paul Pogba di kelab itu.

Pogba terus menjadi perhatian dikaitkan dengan Real Madrid dan Juventus musim baharu ini namun ia dijangka menjadi pelaburan besar 150 juta paun jika United berniat menjualnya.

Pariera timbul dengan ideanya untuk memastikan Pogba kekal di United.

"Saya mungkin menyorok telefonnya dan dengan itu dia tidak akan bercakap dengan sesiapa.

"Dalam kumpulan kami, dia seorang yang baik. Penting buat kami untuk dia kekal di sini. Dia adalah pemain top dan hebat.

"Saya mempelajari daripada setiap hari. Dia merupakan salah seorang rakan baik. Saya telah bersamanya di sini sejak berusia 16 tahun. Dia seperti keluarga saya," jelasnya. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain