suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah menjadi pemain Barcelona, Griezmann terus hubungi bapa sambil menangis

Griezmann kini berada di Jepun bersama Barcelona bagi aksi pra musim.

ANTOINE Griezmann dedah perasaannya sebaik sahaja menjadi pemain rasmi Barcelona bulan ini.

"Saya menghubungi bapa dan menangis kegembiraan," jelasnya kepada Marca.

Barcelona mendapatkan Griezmann dari Atletico Madrid ini dengan klausa perpindahan 120 juta euro (RM554.12  juta) awal bulan ini.

"Terdapat banyak tekanan sebelum persetujuan dicapai, tetapi sebaik sahaja ia disahkan...apa yang saya ingin lakukan tamatkan percutian dan mula cabaran baharu.

"Saya menghubungi bapa dan menangis. Saya lega semuanya sudah selesai dan berakhir, serta keluarga saya berada di sini untuk meraikan saat indah ini," katanya.

Dalam meraikan kegembiraan ini, Persatuan Bola Sepak Sepanyol sedang menyiasat dakwaan mengenai mereka masih belum menjelaskan baki 72 juta euro yang sepatutnya perlu dibayar penuh.

Atletico mendakwa perbincangan dengan Barcelona serta Griezmann dilakukan sebelum pemain bintang itu dilepaskan dengan klausa dari 200 juta paun.

"Saya tahu masih ada yang berbunyi apabila saya kembali ke Wanda.

"Tetapi ini sebahagian daripada bola sepak apabila seseorang yang anda sayang meninggalkan kelab.

"Saya akan sentiasa mempunyai La Real dan Atleti di hati kerana ia telah memberi banyak kenangan buat saya."

Griezmann kini bersama rakan sepasukan baharunya di Jepun untuk jelajah pra musim. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain