suria

Juventus tawar pemain bintang kepada United demi dapatkan Pogba

Paul Pogba.

JUVENTUS masih berminat untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba dan sanggup menawarkan seorang pemainnya bagi merealisasikan perpindahan tersebut.

Pogba dijangka melapor diri untuk aksi para musim di Manchester United beberapa hari lagi dan rundingan sedang giat dilakukan antara pemain itu dan Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain kebangsaan Perancis itu tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk berhijrah ke kelab baharu ketika menjalani tugas antarabangsa pada musim panas lalu tetapi menyertai semula Juventus tetap menjadi keutamaannya.

La Gazzetta dello Sport mendakwa Juventus perlu menyediakan wang yang banyak untuk membida Pogba tetapi pada masa sama sanggup menawarkan seorang pemain dalam rundingan itu.

Malah Red Devils juga diberi pilihan untuk memilih sama ada Blaise Matuidi, Alex Sandro dan Paulo Dybala.

Sandro dan Dybala pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sebelum ini dengan Jose Mourinho gagal mendapatkan khidmat Sandro semasa dia mengendali United.

Dybala pula dianggap salah seorang penyerang terbaik di dunia dan Juventus percaya dia menjadi pilihan tepat untuk United. - Metro.co.uk

Paul Pogba, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain