suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lampard dikatakan belum sedia kembali ke Chelsea

Frank Lampard. Foto Reuters

EMMAUEL Petit meragui sama ada Frank Lampard bersedia untuk mengambil alih sebagai pengurus Chelsea.

Legenda kelab itu semakin hampir memuktamadkan urusannya untuk kembali ke Stamford Bridge selepas setahun menguruskan pasukan Derby.

Petit dan Lampard menghabiskan tiga tahun bersama di Chelsea antara 2001 dan 2004.

Bagaimanapun, Petit memberi amaran mengenai keraguan terhadap bekas rakan sepasukannya itu.

Bercakap kepada Paddy Power, beliau berkata: "Frank Lampard mempunyai banyak kualiti. Dia seorang yang sangat berdedikasi, menyukai bola sepak dan menghormati rakan sepasukan dan pengurusnya. Dia sentiasa bercita-cita tinggi.

'Tetapi di sudut fikiran saya, saya merasakan tugas di Chelsea mungkin terlalu cepat buatnya. Kita lihat apa yang dia buat untuk Derby County, membawa mereka ke saingan, tapi itu bukan penamat segala-galanya.

'Dia akan menghadapi jangkaan yang semakin bertambah di Chelsea, dan dia tahu hal ini, kerana di telah bermain untuk kelab itu begitu lama," tambahnya. - Daily Mail UK




Derby, Frank Lampard, Chelsea

Artikel Lain