Lampard bakal gabung pemain muda dan senior dalam sesi latihan - Sukan | mStar

Lampard bakal gabung pemain muda dan senior dalam sesi latihan

Lampard dijangka dimumumkan sebagai pengurus The Blues dalam tempoh terdekat.

FRANK Lampard dijangka bakal mengambil langkah drastik jika sah bergelar pengurus Chelsea.

Lampard semakin hampir diumumkan pengurus baharu di Stamford Bridge dan langkah pertama yang akan dibuat adalah menggabungkan pemain-pemain akademi bersama skuad senior.

Lampard menyedari penting baginya untuk menggabungkan semua pemain di kelab ini bagi memberi sokongan pembangunan kepada bakat-bakat muda.

Ia juga sebagai langkah bijak Lampard untuk menggunakan pemain-pemain muda memandangkan Chelsea digantung daripada membuat sebarang perpindahan pemain.

Lampard menjadi pilihan utama di Chelsea untuk mengambil alih posisi Maurizo Sarri yang berpindah ke Juventus. - Dailymail.co.uk

Frank Lampard , Chelsea

Artikel Berkaitan

Artikel Lain