suria

Tewas penentuan penalti, pemain pertahanan Colombia terima ugutan bunuh

William gagal menyempurnakan sepakan penalti penentuan pada aksi suku akhir Copa America.

PEMAIN Colombia William Tesillo menerima ugutan bunuh selepas tersingkir daripada aksi Copa America.

Pada saingan suku akhir di Arena Corinthians, Sao Paulo menyaksikan Chile dan Colombia terikat seri 0-0 yang memaksa perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Namun pemain pertahanan itu gagal menyempurnakan sepakan terakhir yang menyebabkan kemenangan diberikan kepada Chile.

Sejak itu, Tessilo mengalami saat sukar apabila menerima ancaman bunuh.

"Ya, ya betul.Mereka menulisnya kepada isteri (Daniela Meija) dan dia memuat naiknya di Instagram. Mereka juga menulis kepada saya, tetapi saya tidak berbuat demikian.

"Kami hanya berdoa sejak pelbagi ancaman ditujukan. Anda perlu fikir bahawa ini adalah bola sepak dan anda akan menang atau kalah." - Dailymail.co.uk

William Tessilo, Colombia

Artikel Lain