Annuar diharap kembali duduki kerusi presiden Kafa, “Saya perlu buat keputusan terbaik untuk rakyat Kelantan”

Annuar masih menjadi pilihan untuk kembali menduduki kerusi presiden Kafa.
KEPUTUSAN sama ada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail sedia bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hanya akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan bekas presiden, Tan Sri Annuar Musa.

Mengakui perbincangan bersama bagi mengembalikan zaman kegemilangan The Red Warriors (TRW) telah diadakan di Kota Bharu, Rosmadi memaklumkan pertemuan tersebut memberikan petunjuk positif.

"Bola sepak Kelantan masih di hati kami, walaupun dari luar tetapi bagi kami Kafa masih dekat di hati kami.

"Setakat kelmarin perbincangan kami mendatangkan hasil positif, tapi buat masa ini saya beranggapan Tan Sri Annuar Musa mungkin menarik diri (bertanding), jadi saya perlu memikirkan banyak perkara sebelum membuat keputusan sama ada menerima pencalonan atau sebaliknya.

"Saya perlu buat keputusan terbaik untuk rakyat Kelantan, saya orang bola sepak dan amat sayangi bola sepak Kelantan," katanya yang ditemui pada majlis Hari Raya FAM, di Wisma FAM pada Isnin.

Rosmadi akan pertimbangkan pencalonan ke atas dirinya.

Selain Rosmadi yang dicalonkan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) untuk kerusi timbalan presiden, tiga lagi calon lain ialah Mohammad Yusri Ismail, Datuk Sri Mohd Zumridi Tambi dan penyandang sedia ada, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Mengenai kemungkinan masalah kewangan semasa Kafa yang memungkinkan dirinya tidak bertanding, Rosmadi mengakui melihat kewangan adalah aspek penting yang perlu diberikan perhatian.

"Kewangan adalah elemen sangat penting dalam pentadbiran bola sepak, kalau tidak ada perancangan yang baik dengan kewangan persatuan untuk hadapi musim hadapan ia mungkin satu halangan bagi saya.

"Saya telah lama berada dalam FAM serta Kafa dan amat faham keperluan kewangan ini, jadi pertimbangan yang teliti dan betul perlu dibuat," ujarnya yang menghargai keputusan PBJ yang mencalonkannya bagi jawatan Timbalan Presiden Kafa.

Datuk Rosmadi, Kafa

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain