suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usia hampir 70 tahun bukan halangan, bekas pengurus Arsenal beraksi di padang

Arsene Wenger. Foto panoramic/avalon

ARSENE Wenger membuktikan bahawa usia bukan halangan kerana dia kembali memakai but dengan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Stadium Thierry Roland di utara Paris, Perancis.

Bekas pengurus Arsenal berusia 69 tahun itu juga sering berlari sejauh 10 kilometer sehari.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Wenger bermain untuk Varietes club de France menentang FC Coubron, memperoleh kemenangan 7-1.

Roland merupakan presiden kelab itu selama 23 tahun.

Selepas permainan itu, Wenger berkata: "Thierry Roland melakukan banyak perkara untuk bola sepak Perancis.

"Anak lelakinya kerapa datang ke stadium semasa saya masih melatih di Arsenal," katanya.

Wenger menjadi pengurus Arsenal dari 1996 sehingga 2018. - Daily Mail UK

Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Lain