suria

Neymar buat penjelasan panjang lebar, muat naik video perjelas dakwaan rogol

Neymar membuat penjelasan mengenai dakwaan itu menerusi video berdurasi tujuh minit di Instagram. FOTO: APF

PASUKAN polis Brazil kini sedang meneliti video pendedahan Neymar mengenai dakwaan rogol yang dikaitkan dengan dirinya.

Neymar membuat penjelasan menerusi video berdurasi tujuh minit di Instagram.

Malah, dia turut menunjukkan mesej peribadi antara mereka termasuklah foto intim wanita itu.

Menerusi video itu, Neymar turut menafikan dakwaan berkenaan.

"Bahagian Siasatan Jenayah Siber (DRCI) sedang menyiasat video itu," ujar polis negara itu kepada ESPN.

Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa dirogol bintang Brazil itu dalam keadaan mabuk di sebuah hotel di Paris pada bulan lalu.

Menurut laporan polis, wanita yang tidak dinamakan itu memberitahu pegawai penyiasat di Sao Paulo bahawa dia mengenali Neymar menerusi Instagram. - ESPN.

Neymar, rogol, dakwaan, siasatan polis

Artikel Lain