suria

Juventus mulakan rundingan ikat semula Pogba

Pogba kurang menyengat bersama United.

JUVENTUS memulakan rundingan untuk mendapatkan semula khidmat Paul Pogba dari Manchester United.

Prestasi Pogba di United menunjukkan peningkatan semasa dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang menggantikan Jose Mourinho pada September lalu.

Namun prestasi pemain kebangsaan Perancis itu kembali merosot pada hujung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pogba dilaporkan terdesak untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Dia turut dikehendaki oleh Zinedine Zidane yang mahu memantapkan skuadnya di Real Madrid.

Namun Sky Sport melaporkan Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici sudah menghubungi ejen Pogba, Mino Raiola dan United untuk membincangkan perpindahan pemain itu.

United dilaporkan menuntut bidaan lebih RM89 juta pound yang dibayar mereka terhadap Pogba pada Ogos 2016.

Juara Serie A itu juga dilaporkan sedia menawarkan beberapa pemainnya bagi memastikan rundingan itu direalisasikan.

Pogba menyertai Juventus dari United dengan bidaan sekitar 1.5 juta pound pada 2012 dan pernah memenangi empat trofi Serie A bersama pasukan itu semasa di Turin. - Metro.co.uk

Artikel Lain