Romeo bukti jiwanya pada Arsenal walaupun memakai jersi United bersama keluarga - Sukan | mStar

Romeo bukti jiwanya pada Arsenal walaupun memakai jersi United bersama keluarga

Beckham (tiga kanan) bersama tiga anak lelakinya dari kiri Romeo, Cruz dan Brooklyn.

DAVID Beckham melepas 'gian' bermain bola sepak bersama tiga orang heronya di Stadium Loftus Road.

Beckham bersama tiga anak lelakinya, Brooklyn, Romeo dan Crus dirakam bermain bola sepak di Stadium Queen Park Rangers memakai kit terbaharu Manchester United.

Namun ada sesuatu yang ganjil dalam gambar tersebut apabila salah seorang anak legenda United itu, Romeo,16, tidak dapat menyorok minatnya terhadap kelab Arsenal.

Romeo mengenakan jersi United bersama seluar pendek yang mempunyai logo Arsenal.

Ketiga-tiga anak lelaki Beckham itu masih belum nampak terlibat secara profesional dalam bola sepak.

Romeo (tengah) bersama pemain Arsenal Sead Kolasinac dan Mesut Ozil (kanan).

Tetapi Romeo yang merupakan peminat The Gunners,  dikesan mempunyai bakat sebagai pemain tenis.

Bakat Romeo dalam sukan tenis itu telah menarik perhatian bintang tenis Jelajah ATP yang lain termasuk Grigor Dimitrov.

Pada 2017, bintang Bulgaria itu memberitahu bahawa Romeo merupakan remaja berbakat."Saya fikir dia sudah lama tidak bermain tenis, tetapi gayanya itu menunjukkan dia mempunyai banyak potensi."

Dalam pada itu jersi yang dipakai Beckham dan anak-anaknya itu merupakan edisi khas 'European' yang dipakai United ketika skuad itu di antara tahun 1997 dan 2000.

Ianya akan dipakai oleh skuad Ole Gunnar Solksjaer musim ini yang tidak bersaing di peringkat kelab elit Eropah.

David Beckham , Romeo , Brooklyn , Cruz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain