suria

Adik Mbappe terpilih jalani latihan percubaan di kelab elit Perancis

Ethan (tengah) bersama Kylian dan bapanya.

ADIK kepada bintang Perancis Kylian Mbappe bakal mengikut langkahnya mencipta nama di arena bola sepak apabila dipanggil menjalani latihan di kelab berprestij Clairefontaine.

Ethan,13, antara 32 pemain muda yang dipanggil menjalani latihan percubaan di akademi tersebut bermula 23 hingga 25 April ini.

Adik Mbappe (tiga dari bawah) terpilih menjalani latihan di akademi berprestij Perancis

Pemain remaja itu yang sudah pun mengikat kontrak dengan kelab Paris Saint-Gerrmain (PSG) mempunyai peluang besar untuk mengasah bakatnya seperti Hatem Ben Arfa, Thierry Henry dan Nicolas Anelka yang merupakan produk akademi tersebut.

Selain Kylian, abangnya Jirès Kembo Ekoko,31, juga merupakan bekas pemain di kelab Perancis dan kini bersama kelab Turki.

Ekoko merupakan anak angkat keluarga Mbappe sejak usia enam tahun.-Onefootball

Ethan, Mbappe

Artikel Lain