suria

"Tanpa Ronaldo, Real Madrid perlu ubah taktik" - Mourinho

JOSE Mourinhi seakan-akan memberi bayangan bahawa dia akan kembali meneraju kelab lamanya, Real Madrid.

Namun, ia pastinya berbeza memandangkan Cristiano Ronaldo sudah tidak bersama dengan kelab itu.

Mengulas persoalan berkenaan, Mourinho berkata dia perlu mengubah taktik dan menggunakan pendekatan berbeza untuk kelab itu.

Menurut Mourinho, pemain yang masih bersama kelab itu seperti Karim Benzema perlu meningkatkan prestasi agar mereka kekal mara tanpa Ronaldo.

"Real Madrid hilang pemain yang mampu menjaringkan 30,40 atau 50 gol dalam satu misum. Mereka pastinya memerlukan pendekatan berbeza.

Benzema boleh buat, tapi dia kena kerja keras lagi. Tapi pemain-pemain lain tidak cukup bagus," ujar Mourinho.

Untuk rekod musim ini, Benzema sudah menghadiahkan 20 gol untuk Real Madrid.

Ia diikuti Gareth Bale dengan 13 gol dan Sergio Ramos dengan catatan 11 gol. - Soccer Laduma.

 

Artikel Lain