suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona desak Argentina tidak turunkan Messi dalam perlawanan menentang Venezuela

PEMAIN sensasi Lionel Messi berkemungkinan tidak akan turun bermain dalam dua perlawanan persahatan melibatkan negaranya, Argentina.

Menurut laporan, kelab Barcelona mendesak Argentina agar tidak menggunakan khidmat pemain itu susulan kecederaannya yang masih belum pulih sepenuhnya.

Mengikut perancangan awal, Messi sepatutnya turun mewakili Argentina bagi menentang Venezuela.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan terkini Messi menyebabkan wujud desakan daripada kelab yang diwakilinya.

Dalam pada itu, wujud segelintir pihak yang turut meragui kebolehan Messi untuk mewakili Argentina.

Ia berikutan dia gagal membawa pasukan itu ke peringkat akhir Piala Dunia pada 2018.

Ia berbeza dengan kebolehan Messi sewaktu dia beraksi di peringkat kelab sehingga menimbulkan beberapa persepsi lain.

Antara yang diperkatakan termasuklah pengendali pasukan kebangsaan itu gagal mencari corak permainan sesuai buat Messi. - Goal/Mundoalbiceleste

Lionel Messi, Barcelona, Argentina

Artikel Lain