Peminat Chelsea mahu FA hukum Kane kerana cuba laga kepala Azpilicueta - Sukan | mStar

Peminat Chelsea mahu FA hukum Kane kerana cuba laga kepala Azpilicueta

Situasi tegang antara Kane dan Azpilicueta. - Reuters

PEMINAT Chelsea menuntut Persatuan Bola Sepak Inggeris mengambil tindakan selepas Harry Kane didapati cuba untuk melaga kepala Cesar Azpilicueta.

Ketegangan dalam derbi London itu mengimbau kembali Battle of Stamford Bridge 2016 yang menyaksikan Blues mematikan harapan Tottenham untuk bergelar juara.

Pengadil Andre Marriner telah melakukan yang terbaik untuk memastikan permainan berjalan lancar, tetapi perlawanan itu sering terganggu dengan keganasan taktikal dan sikap perengus pemain kedua-dua pasukan.

Situasi tegang berlaku pada pertengahan perlawanan ababila Kane menyerang kapten Chelsea dan menggerakkan kepalanya ke arah wajah pemain Sepanyol itu.

Sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas Kane adalah bergantung kepada Marriner, jika pemain itu mahu memasukkan insiden tersebut dalam laporan selepas perlawanan.

Peminat Chelsea mengharapkan Kane dihukum, dan jika ia berlaku, ia boleh menimbulkan masalah kepada Spurs menjelang derbi utara London pada Sabtu di Wembley. - Metro UK

Harry Kane , Cesar Azpilicueta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain