suria

Juventus jadi pilihan jika United pertimbang jual Lukaku

Romelu Lukaku.

ROMELU Lukaku berhasrat menyertai Juventus jika Manchester United merancang untuk melepaskannya pada hujung musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai United dengan bidaan sebanyak 75 juta pound sterling dari Everton dengan menjaringkan hanya sembilan gol musim ini.

Bintang Belgium itu turut hilang tempat dalam skuad utama sejak pemergian Jose Mourinho dengan Ole Gunnar Solskjaer lebih gemar menurunkan Marcus Rashford.

Menurut The Sun, United mempertimbangkan untuk menjual Lukaku pada musim panas ini.

Dan Lukaku sudah ada destinasi pilihannya iaitu Juventus.

Sumber United memberitahu The Sun:"Dia adalah peminat tegar Cristiano Ronaldo.

"Dia hilang tempat dalam kesebelasan utama. Kita terpaksa tunggu dan lihat tetapi ia akan jadi perpindahan yang sibuk pada musim panas ini.

Sementara itu, Solskjaer yakin Lukaku boleh menemui semula rentak permainnya selepas penyerang itu mengakui dia menggunakan seluruh tenaganya semasa mewaliki Belgium pada aksi Piala Dunia tahun lalu.

"Saya boleh faham kenapa, apabila anda beraksi pada Piala Dunia dan lihat pasukan beraksi, fizikal mungkin berubah dari segi persediaan.

"Kami minta penyerang kami untuk bekerja pada tahap tertinggi, berlari di belakang tetapi itu yang dia suka, jadi saya yakin dia akan ok," katanya. - Metro.co.uk

Romelu Lukaku, Juventus

Artikel Lain