suria

Solskjaer pecah rekod tanpa kalah yang dipegang Ferguson

Foto Reuters

OLE GUNNAR SOLSKJAER terus mencatat nama dalam sejarah Manchester United apabila mencapai prestasi luar biasa dalam kemenangan ke atas Crystal Palace.

Pengurus interim dari Norway itu menyaksikan pasukannya mengatasi lawan mereka untuk memenangi lapan perlawanan berturut-turut.

Dua gol dari Romelu Lukaku dan serangan akhir oleh Ashley Young memastikan Red Devils raih tiga mata lagi.

Kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace bermakna Solskjaer dan United memecahkan rekod kemenangan (secara berturut-turut) yang sebelum ini dipegang oleh Sir Alex Ferguson semasa beliau mengendalikan kelab itu.

Ferguson berjaya memenangi tujuh perlawanan tanpa menjatuhkan satu mata dalam dua permainan, sekali pada 1993 dan sekali lagi pada 2002.

Solskjaer merupakan sebahagian daripada pasukan itu ketika mencapai kejayaan pada 2002, namun dia kini menjadi lebih hebat dengan permulaan yang mengagumkan selepas duduk di kerusi panas United. - Mirror UK

Ole Gunnar Solskjaer

Artikel Lain