suria

Terharu sokongan Messi, Neymar sebak hingga tak mampu tahan air mata

PEMAIN sensasi, Neymar tidak dapat menahan air matanya apabila bercerita mengenai Lionel Messi.

Menurut Neymar, Messi memberikan sokongan penuh sewaktu dia berada dalam waktu sukar.

Malah, dia memuji sikap Messi yang banyak membantunya dan menyifatkan pemain itu sebagai sahabat yang baik.

"Ianya cerita yang saya ceritakan pada semua. Sewaktu saya memerlukan sokongan, Messi yang juga pemain terbaik di dunia ada untuk saya.

"Dia suruh saya gembira, jadi diri sendiri. Kata Messi, jangan malu jangan takut. Kami semua akan tolong kamu," imbas Neymar mengenai kata-kata Messi terhadapnya.

Malah, Neymar juga menganggap Messi sebagai pemain yang cukup istimewa dan berbakat.

Terbaharu, Neymar yang mengalami kecederaan dilihat kembali bersenam di gim.

Menerusi video yang dimuat naik, dia kelihatan semakin sihat dan dijangka kembali beraksi tidak lama kagi. - Daily Mail.

Neymar, Lionel Messi

Artikel Lain