suria

Atlet gusti wanita terkenal India Ritu Poghat sertai ONE Championship

Ritu Poghta. Foto: FB Ritu Poghat

JAGUH gusti wanita terkenal India, Ritu Phogat jini bergelar atlet ONE Championship.

Ritu,24, merupakan juara gusti serta atlet seni mempertahankan diri campuran yang membawa nama India di mata dunia.

"Satu penghargaan dan keistimewaan menyertai ONE Championship yang merupakan organisasi seni bela diri terbesar dunia.

"Bergusti akan sentiasa menjadi keutamaan saya, tetapi sudah tiba masanya untuk saya melebarkan minat dalam bidang ini.

"Saya sangat teruja untuk bersaing dengan pejuang terbaik seni bela diri campuran dunia dan memberi kejayaan untuk negara.

"Saya juga bersedia untuk buktikan bahawa seni bela diri India adalah benar-benar berkelas dunia," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ritu dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terlibat dengan sukan bela diri dan mula bergusti pada usia  lapan tahun di bawah tunjuk ajar bapanya sendiri, Mahavir Singh Phogat.

Dia merupakan pemegang pingat emas pada Kejuaraan Gusti Komanwel, pingat perak Kejuaraan Dunia Bawah  23 Tahun, pingat gangsa Kejuaraan Asia dan pelbagai pingat dalam kejohanan di peringkat nasional.

Dibesarkan di Haryana, Ritu antara atlet terkenal dan berbakat di peringkat dunia.

Adik beradiknya Geeta, Babita Kumari dan Sangeeta serta sepupu Vinest turut bergelar juara dalam kejohanan gusti.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship Chatri Sityodtong berkata, Ritu merupakan ahli gusti wanita yang mempunyai nilai tersendiri bersesuaian dengan organisasi ini.

"Saya secara peribadi mengalu-alukan Ritu ke dalam keluarga ONE Championship.

"Saya sangat teruja untuk berkongsi kisah Ritu di seluruh dunia dan membawa seni belas diri India ke peringkat tertinggi," jelasnya.

ONE Championship, Ritu Poghat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain