suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lesu tanpa jaringan, Klopp kata Mo Salah perlu bantuan rakan sepasukan

SEKADAR menghadiahkan satu jaringan menerusi lapan perlawanan, kredibiliti pemain kelahiran Mesir, Mo Salah mula dipertikai ramai.

Selain peminat, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp turut bersuara mengenai hal itu.

Menurut Klopp,dia mengharapkan aksi yang lebih baik memandangkan statusnya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

Malah, Klopp juga mengakui Salah tidak bermain dengan prestasi terbaik sewaku pasukan mereka gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan Ahad lalu.

Menerusi perlawanan menentang Manchester United (MU), kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan.

Malah, Salah turut dibawa keluar dan diganti dengan pemain lain pada minit ke 79 perlawanan.

Dalam pada itu, Klopp juga menganggap Salah memerlukan bantuan rakan pasukannya untuk kembali mencari rentak permainan terbaik. - The Sport Review.

 

Mo Salah, Jurgen Klopp

Artikel Lain