suria

Antara saya, Zidane tiada masalah - James Rodriguez

BEKAS pemain Real Madrid, James Rodriguez menegaskan tiada masalah yang timbul antara dirinya dan jurulatih pasukan itu, Zinedine Zidane.

Khabar angin tersebar mengatakan hubungan mereka bermasalah berikutan isu pemain itu yang dikatakan meninggalkan Real Madrid.

"Saya tidak ada masalah dengan Zidane kerana dia seorang yang baik.

"Paling utama, jurulatih penting saya iaitu Julio Caesar, Carlo Ancelotti dan Jose Pekerman," katanya.

Terdahulu, Rodriguez meninggalkan Real Madrid selepas prestasinya merosot dan mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Bayern Munich.

Dalam sesi temuramah bersama majalah Bocas, Rodriguez menyifatkan dirinya seorang yang tenang dan sentiasa ramah dengan orang sekeliling.

Rodriguez juga berkongsi minat dengan menyatakan pilihan pasukannya dalam permainan PlayStation Fifa sudah tentu Bayern atau Real Madrid. -Marca.com



Zidane, Rodriguez, Real

Artikel Lain