suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo buka klinik rambut bernilai RM120 juta, lantik teman wanita jadi pengurus

SELAIN bola sepak, Cristiano Ronaldo begitu mementingkan keterampilan dan fesyen.

Terbaharu, bintang sensasi itu akan membuka pusat rawatan rambut bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez di Madrid.

Pusat itu ditubuhkan di bawah Kumpulan Insparya, hasil gabungan modal antara Ronaldo dan Paulo Ramos.

Menurut laporan awal, pusat pemindahan rambut itu akan dikendalikan 150 kakitangan.

Klinik rambut itu dijangka dibuka kepada orang ramai bermula 18 Mac ini.

"Ia menawarkan pakej menarik untuk pelanggan dari luar negara termasuklah penginapan, penerbangan dan rawatan," ujar jurucakap klinik itu, Carla Palanca.

Teman wanita Ronaldo, Georgina akan menjadi salah seorang pengurus di klinik itu.

Ronaldo dikatakan membelanjakan €26 juta (RM120 juta) untuk klinik itu. - Daily Star.

Artikel Lain