suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane letak syarat sebelum setuju sertai Chelsea

ZINEDINE Zidane mahu jaminan mengenai dana perpindahan Chelsea pada musim panas ini sebelum setuju berhijrah ke Stamford Bridge.

Bekas pengendali Real Madrid itu kini dikaitkan sebagai calon terbaik untuk menggantikan Maurizio Sarri yang akan dipecat sekiranya Chelsea tewas kepada Manchester City pada aksi final Piala Carabao, Ahad ini.

Zidane masih belum terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Santiago Bernabeu pada musim panas lalu.

Namun Ziadane bersedia untuk kembali ke padang selepas berehat hampir sembilan bulan.

Chelsea hanya membawa masuk Jorginho pada perpindahan musim panas lalu dibawah Sarri.

Susulan itu, Zidane mahu lembaga pengarah Chelsea menyokongnya semasa perpindahan pemain dan mahu corak pengambilan pemain baharu kelab tersebut dirombak.

Menurut laporan Daily Mail, ketibaan Zidane sudah tentu meningkatkan peluang Chelsea untuk terus mengikat Eden Hazard.

Pemain Belgium itu sering mengagumi Zidane dan berhasrat untuk berhijrah ke Real Madrid semasa pengendali dari Perancis itu bertugas di Bernabeu.

Kontrak Hazard masih lagi berbaki 16 bulan dan dia sudah membuat keputusan mengenai masa depannya yang akan didedahkan pada hujung musim ini. - Metro.co.uk

Zinedine Zidane, Chelsea

Artikel Lain