suria

Klopp mengaku salah, didenda RM239,376

Klopp dilihat bercakap sesuatu kepada Friend selepas tamat perlawanan.

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp didenda 45,000 pound sterling (RM239,376) selepas mengaku bersalah kerana mengeluarkan komen mengenai pengadil Kevin Friend awal bulan ini.

Klopp berkata prestasi Friend semasa Liverpool terikat seri 1-1 dengan West Ham dipengaruhi dengan keputusan untuk membenarkan gol pasukan itu.

"Saya terdengar gol kami ofsaid. Saya amat yakin pengadil mengetahuinya," Klopp.

Persatuan Bola Sepak England (FA) berkata Klopp didakwa kerana komen tersebut bersifat mempertikaikan intregriti pengadil.

Sadio Mane meletakkan The Reds di depan pada separuh masa pertama perlawanan 4 Februari lalu tetapi James Milner terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid.

Namun Michail Antonio menyamakan kedudukan untuk West Ham sebelum tamat babak pertama.

Dan Klopp berkata Friend menyedari kesilapannya dan lebih berhati-hati pada babak kedua.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain