suria

Chiellini akui Ramos sebagai pemain pertahanan terbaik dunia

Ramos dianggap sebagai pemain pertahanan terbaik dunia oleh Chiellini. - Foto Reuters

GIORGIO CHIELLINI mengiktiraf Sergio Ramos sebagai pemain pertahanan terbaik dunia dan menyifatkan kapten Real Madrid itu sebagai 'pemain ulung'.

Juventus sedang bersedia menghadapi Atletico Madrid pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara pada Rabu.

Menjelang perlawanan, Chiellini memberikan pujian ke atas pemain pertahanan Sepanyol itu di atas pencapaian dan kemampuannya.

Chiellini memberitahu Marca: "Saya sudah mengatakannya sebelum perlawanan kami tahun lepas.

"Sekarang, dia turut mengambil penalti. Dia adalah pemain pertahanan terbaik dunia pada masa ini dan dia memang layak.

"Dia jarang membuat kesilapan dan jika dia melakukannya, ia adalah kerana disebabkan oleh kesilapan kita.

"Dia seorang pemimpin, baik di lapangan mahupun di luar.

Chiellini merupakan pemain profesional Itali dan kapten Juventus. - Foto AFP

"Dia adalah salah seorang pemain yang boleh mempengaruhi kedua-dua pasukan."

Kapten Juventus dan Itali itu turut mengimbas semula pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebagai penunjuk utama pengaruh Ramos.

"Keputusan 0-3 menyebelahi mereka pada musim lalu, tetapi saya rasa tanpa Ramos ia tidak akan berlaku.

"Bukan kerana (Raphael) Varane, Nacho atau (Jesus) Vallejo tidak baik, ia kerana dia (Ramos) bukan hanya bermain, tetapi ia membuat orang lain juga bermain.

"Ini perbezaan antara pemain yang baik dan seorang juara.

"Sergio adalah pemain ulung, teratas, dan sudah tentu dia pernah gagal, tetapi dia melakukan begitu banyak perkara yang baik, dia adalah yang terbaik," katanya. - Mail Online

Giorgio Chiellini

Artikel Lain