suria

Lebih dua tahun bercinta, akhirnya Dele Alli dan kekasih bawa haluan masing-masing

Ruby berkongsi gambar bersama Dele ketika mereka masih bercinta. - Instagram

DELE ALLI akhirnya berpisah dengan teman wanitanya, Ruby Mae selepas menjalinkan hubungan percintaan selama dua tahun setengah.

Pemain bola sepak Tottenham Hotspur, 22, dan model pakaian wanita berusia 23 tahun itu memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka pada tiga minggu lalu.

Seorang sumber mendedahkan kepada Mail Online bahawa Dele dan Ruby sama-sama kecewa dengan perpisahan itu tetapi tetap mengekalkan hubungan baik dan masih bercakap antara satu sama lain.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa pasangan itu tidak bermusuh dan tiada drama berlaku ketika perpisahan tersebut terjadi.

Foto Instagram Ruby Mae.

Dele mula berpacaran dengan Ruby yang merupakan seorang model pakaian dalam Dolce & Gabbana dan Rare London sejak Jun 2016.

Ruby juga setia menyokong kerjaya Dele sepanjang kempen Piala Dunia Rusia 2018.

Model itu berkongsi beberapa gambar kejohanan bola sepak tersebut ke akaun Instagramnya sepanjang musim panas lalu.

Sekeping gambar menunjukkan Ruby duduk di atas pangkuan Dele berserta kapsyen: 'Sangat bangga ❤.'

Sementara itu, Mail Online sedang cuba mendapatkan komen daripada wakil Dele berhubung gosip itu. - Mail Online

Dele Alli

Artikel Berikut

Artikel Lain