Wajah berubah dalam 10 tahun, Ronaldo didakwa buat pembedahan plastik, suntik botox - Sukan | mStar

Wajah berubah dalam 10 tahun, Ronaldo didakwa buat pembedahan plastik, suntik botox

SELAIN kelincahan di padang, rupa paras Cristiano Ronaldo juga sering dipuji ramai.

Wajah yang kacak serta tubuh sasa yang dimiliki Ronaldo membolehkan dia mengumpul jutaan peminat dari seluruh dunia.

Selain peminat, Ronaldo sendiri turut obses dengan wajah yang dimilikinya dan perkara itu pernah didedahkan oleh Rio Ferdinand.

Menurut Ferdinand, Ronaldo biasanya akan berdiri di hadapan cermin sambil memuji diri sendiri.

Malah, Ronaldo juga pernah mengakui bahawa dia lebih kacak berbanding Lionel Messi.

Namun, timbul pula desas-desus yang mengatakan Ronaldo membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah yang sempurna.

Menurut pemerhatian pakar bedah plastik, Alex Karidis, dia percaya bahawa bintang itu pernah membuat suntikan botox di wajah.

"Kelihatan seperti dia ada suntik botox di dahi dan kawasan mata. Kulit dia juga nampak elok, mungkin dia suntik filler.

"Ada nampak perbezaan dengan wajah lama tetapi tidak terlalu drastik atau menonjol.

"Hidung dia juga nampak sedikit kecil berbanding 10 tahun lalu, boleh jadi juga kalau wajahnya berubah sendiri," ujar Alex lagi. - Goal.Com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mohd Haziq masih belum ditemui