suria

Pemain muda Fulham bakal dipenjara gara-gara gagal jalani latihan Khidmat Negara Singapura

Benjamin Davis

PEMAIN muda Fulham Bejmain Davis berdepan dengan hukuman penjara kerana gagal mnejalani latihan Khidmat Negara Singapura.

Davis merupakan pemain Singapura pertama yang berjaya mendapat kontrak profesional dengan Liga Perdana bersama Fulham Julai lalu.

Semua lelaki Singapura berusia 18 tahun ke atas perlu menjalani latihan Khidmat Negara selama dua tahun melainkan mereka mendapat pengecualian atau risiko dipenjara tiga tahun.

Menteri Pertahanan Singapura berkata: "Benjamin Davis gagal menjalani latihan Khidmat Negara.

"Dia gagal melaporkan diri seperti yang diperlukan. Dia juga tinggal di luar negara tanpa Permit Keluar yang sah."

Pengecualian biasanya diberikan kepada atlet Olimpian atau atlet sukan lain, dan bukannya kepada mereka (pemain bola).

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata: "FAS sangat kecewa dengan Benjamin Davis yang gagal menhadirkan diri untuk latihan Khidmat Negara.

"Ia sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan mungkir janji terhadap jaminan kepada FAS bahawa Davis boleh memberi komitmen untuk latihan Khidmat Negara dan bermain untuk skuad kebangsaan." - Dailymail.co.uk

Benjamin Davis, Fulham

Artikel Lain